Ketika umur telah mencapai 40 -50 tahun manusia
akan mengalami presbyopia atau rabun dekat. Kemampuan pandangan untuk untuk
jarak dekat berkurang. Mungkin kita tak merasakannya, tetapi apabila kita
membaca Al Quran atau akhbar, kita terpaksa meletakkannya lebih jauh dari mata
kita. Bukan 30 cm tapi sehingga 60 cm atau lebih. Ini kerana mata kita telah
mengalami perubahan akibat proses usia. Walau apapun, ianya dapat ditangani
dengan baik jika seseorang itu mengamalkan bekam yang menjadi sunnah
Rasulullah. Saya tidak menafikan perkara ini, kerana ianya juga telah mengubah
diri saya sendiri dari tidak berkca mata, terpaksa membeli kaca mata yang mahal
dan tidak mampu untuk disembuhkan secara normal. Namun sedemikian, saya menemui
bekam ini menyebabkan saya merasakan perubahan pengelihatan saya kembali
normal. Alhamdulillah. Di sini saya ingin berkongsi kesihatan yang sihat dengan
para pembaca blog saya ini. Berbekam adalah yang rawatan yang paling mujarab
dan terbaik untuk segala penyakit. Bukan setakat dapat memulihkan pengelihatan
dengan baik, tetapi keseluruhan badan juga akan jadi lebih segar dan stabil.
Ramai
dikalangan kita telah menggunakan cermin mata untuk membaca dengan lebih selesa.
Namun, setiap tahun kaca mata kena tambah kanta. Ini yang membuatkan kita
mungkin terpaksa menyediakan peruntukan yang khusus untuk membeli satu kaca
mata baru dan juga mungkin menjejaskan penggunaan kewangan keluarga. Alhamdulillah
meski usia mendekati 45 tahun, saya masih membaca dengan jelas. Memang kemampuan
membaca berkurang, tapi tidak terlalu parah. Membaca tulisan dengan saiz font 8
tidak menjadi halangan. Bahkan jika dipaksakan juga membaca dengan font size 7
atau bahkan 6 tanpa memakai kacamata masih lagi dapt membacanya dengan baik.
Di
antara perkara kebiasaan yang saya lakukan yang mungkin jarang atau bahkan
tidak pernah dilakukan orang lain adalah cara berbekam, iaitu mengeluarkan darah kotor
sekitar 150 cc dari tubuh. Sesiapa yang ingin tahu bekam/hijamah lebih mendalam
bolehlah jumpa saya.
Pertama kali saya bekam
di Bukit Tinggi Klang tahun 2007 di titik kahil (punuk), katifain (bahu), dan
punggung, badan berasa lega dan selesa. Selain kepala dan kaku di leher dan
bahu hilang, ternyata pandangan mata pun jadi terang dan jelas. Efek ini banyak
dirasakan oleh orang-orang yang melakukan rawatan dengan cara berbekam. Ramai
bekas pesakit yang telah datang berjumpa saya dan menceritakan pengalaman
masing masing selepas berbekam mendapati berbekam adalah jalan penyelesaian
terbaik untuk semua jenis kesihatan dan sakit yang pernah mereka alami.
Ternyata
setelah saya periksa, pengelihatan mata kembali pulih setelah dibekam ini
kerana bekam yang mengeluarkan sejumlah darah kotor dari tubuh, berjaya untuk
menurunkan tekanan darah dan juga kadar gula dari darah. Buruknya pandangan
mata antara lain disebabkan oleh penyakit diabetes (kencing manis) dan juga
tekanan darah tinggi (BBC). Saya adalah pesakit darah tinggi mengalami kepala
sentiasa sakit bengang , Alhamdulillah selepas berbekam semuanya sudah tidak
ada.
Sebahagian
orang yang mendapat stroke, pengelihatan matanya menjadi kabur. Tidak mampu
untuk membaca SMS. Ini kerana tekanan darah yang tinggi merubah bentuk
lensa/bola mata sehingga titik fokus di retina pun terganggu dan kabur. Harus
diingat bahawa bola mata atau lensa mata itu tidak keras seperti besi. Namun
seperti karet yang bentuknya berubah
akibat tekanan yang terlalu tinggi. Setelah tekanan darah normal, baru pengelihatan
matanya menjadi normal. Ini membuktikan tekanan darah tinggi dan kolesterol
dalam darah memberi kesan kepada pengelihatan mata.
Itulah
sebabnya bekam yang memang dilakukan untuk mencegah/merawat penyakit darah
tinggi/diabetes, secara langsung memulihkan semula pengelihatan yang kabur dan
kusam kepada seperti terang dan segar pengelihatan mata kita yang disebabkan
oleh penyakit tersebut. Bahkan yang tidak menderita kedua penyakit tersebut pun
boleh merasakan kesan pengelihatan dengan terang dan jelas setelah dibekam.
Jadi
selain menggunakan kaedah dan cara konvensional seperti penggunaan jus atau
herba atau vitamin A dan menghindari
membaca terlalu dekat atau di tempat gelap, ada baiknya anda berbekam untuk
memperbaiki pengelihatan mata anda.
Ketika
ini banyak orang yang memakai kacamata tebal untuk membaca atau pun melihat
jauh. Bahkan ada yang sejak dibangku sekolah rendah sudah berkacamata. Sebelum itu terjadi, sebaiknya
lakukan pola hidup yang sebenar. Sebab bagaimana pun mencegah lebih baik dan
lebih mudah daripada mengubatinya.
Dari
Ibnu Abbas r.a. Rasulullah bersabda : “Kesembuhan (ubat) itu ada pada tiga hal:
dengan minum madu, pisau hijamah (bekam), dan dengan besi panas. Dan aku
melarang ummatku dengan besi panas.” (Hadist Bukhari)
No comments:
Post a Comment